Pages

Saturday, December 09, 2023

Pencen veteran ATM disemak dalam kajian SSPA - Where got road one, comparing the Military with the civilians?

Most of the Veterans are on their last legs of their lives, including their wives and suffering kids, please do NOT insult us by using the word, "Sabar"

Ya, ke?  Sabar?  Duit yang di buang dalam lubang jamban untuk bina LCS, senang-senang boleh cover penyelarasan pencen, Tok Mat. Cuba beritahu kami veteran siapa kah mangkuk hayun yang sakau duit kami? Jangan gunakan perkataan sabar!! Kami dah lebih dari sabar.

Utusan - PUTRAJAYA: Kerajaan tidak memandang sepi isu penyelarasan pencen dibangkitkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaliknya ia turut disemak dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau meminta supaya veteran ATM bersabar sedikit masa lagi sebelum SSPA baharu diumumkan pertengahan tahun depan walaupun isu penyelarasan pencen itu sudah lama berlarutan.

“Minta bersabar, kita sedang buat. Bukan kita tak buat apa-apa. Itu terpulang kepada mereka nak bawa ke mahkamah. Itu hak mereka. “Tapi bagi pihak kerajaan, penyelarasan pencen ATM ini juga akan dirangkumkan dalam kajian skim gaji penjawat awam yang sedang diteliti oleh JPA ketika ini.”

Katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tahun 2023 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), hari ini.

Read it all here.....

No comments:

Post a Comment

I do not aim to please anyone. This is my blog, there is no blog like this. I am not mainstream. Read my disclaimer before posting comments and threatening me. Not to worry, I will not quiver in my boots. If you are not happy, no problem, just take a hike!!