Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asyrafilanbiya Iwal Mursalin Waala Alihi Waashabihi Ajmain
Saya bagi pihak PSPRM dan veteran ATM yang menyokong saya, terpaksa menulis pada hari baik dan bulan baik ini untuk membuat kenyataan balas kepada kenyataan yang saya anggap tersangat khilaf dan tidak bijak mengenai rayuan dan penentangan kerajaan terhadap kemenangan tuntutan kami di Mahkamah Tinggi dan saya berdoa memohon rahmat dan hidayah dari Allah semoga dengan rahmat itu, Allah berikan petunjuk kepada saya, Allah perkukuhkan ikatan kami antara veteran ATM, dan Allah memperbaiki urusan agama dan dunia kami kejalan yang benar, tulus dan lurus.
DENGAN INI, SAYA MEJAR HJ MIOR ROSLI TUDM (BERSARA) INGIN MEMBUAT KENYATAAN BALAS BERDASARKAN UNDANG-UNDANG NEGARA KEPADA KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN (MENHAN), KERAJAAN MALAYSIA DAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA SEPERTI BERIKUT:
ISU PERTAMA: MENTERI PERTAHANAN (TOK MAT) PADA SESI DEWAN RAKYAT 2023 TELAH MENYATAKAN BAHAWA KEMENTAH TIDAK BOLEH BUAT APA-APA UNTUK SELARASKAN PENCEN VETERAN ATM KERANA TERDAPAT SEGELINTIR VETERAN (PSPRM) TELAH MEMBAWA KES INI KE MAHKAMAH (Saman Permula No.WA-24NCVC-3989-11/2022). BELIAU JUGA TELAH SEOLAH-OLAH BERJANJI pada Dewan (semua veteran ATM yang berpencen sebelum 1 Jan 2013) BAHAWA KEMENTAH AKAN "AKUR" SEGALA KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KELAK
Pada 5hb Mac 2024, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman (Dr Suzana binti Muhammad Said telah MEMERINTAHKAN di Mahkamah Terbuka bahawa SETELAH YANG ARIF MEMBACA saman pemula kami (PSPRM) bertarikh 17 November 2022, Afidavit-Afidavit, Hujahan-Hujahan bertulis yang difailkan oleh kami/PSPRM (plaintif) dan kerajaan (Defenden-Defenden) dan SETELAH MENDENGAR Peguamcara PSPRM dan Peguam Persekutuan (bagi pihak Defenden-Defenden), Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman telah MEMERINTAHKAN bahawa:
(a). Kesemua Defendan (Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Menteri Kanan Pertahanan dan Majlis Angkatan Tentera) telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 dan/atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan di baca bersama dengan dengan Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972 dalam kegagalan masing-masing untuk melakukan penyelarasan pencen yang baharu untuk kesemua Pesara Angkatan Tentera Malaysia yang bersara sebelum 1 Januari 2013.
(b). Kesemua Pesara Angkatan Tentera Malaysia yang bersara sebelum 1 Januari 2013 tersebut berhak diselaraskan pencen masing-masing mengikut kadar atau cara sepertimana diselaraskan pencen kesemua Pesara Angkatan Tentera Malaysia yang bersara selepas 1 Januari 2013.
Setelah PSPRM berjaya kemenangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diatas, saya sungguh kecewa kerana pada 9hb Februari 2024, Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia dan Majlis Angkatan Tentera telah membuat Rayuan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya (salinan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Peguamcara PSPRM) dengan Notis Rayuan mereka yang di buat oleh Peguam Pesekutuan yang berbunyi lebih kurang seperti berikut:
"Sila ambil perhatian bahawa Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, dan Majlis Angkatan Tentera, perayu-perayu yang dinamakan diatas yang TIDAK BERPUASHATI DENGAN KEPUTUSAN YANG ARIF PESURUHJAYA KEHAKIMAN DR SUZANA BINTI MUHAMAD SAID yang di berikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5hb Februari 2024 MERAYU KEPADA MAHKAMAH RAYUAN TERHADAP KESELURUHAN KEPUTUSAN TERSEBUT".
Dari ayat Rayuan diatas saya dengan kecewanya mengatakan:
|
Menteri Munafik
|
(a). Apa yang Menteri Kanan Pertahanan Malaysia janji di Parlimen pada penghujung tahun 2023 adalah janji bohong dan membuktikan dia adalah seorang yang munafik.
(b). Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan Menteri2 tidak hormat, tidak ada simpati, empiti dan mengenang jasa-jasa Veteran ATM yang telah berkorban kepada Raja-Raja Melayu, Kerajan, Negara dan Rakyat Malaysia.
(c). Kerajaan tidak horamat kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Persekutuan yang di buat oleh Parlimen sendiri.
(d). Kerajaan Malaysia tidak menghormati DYMM SPB YDPA dan keputusan Mahkamah yang di buat berdasarkan kepada undang-undang.
Sekian.
MEJ HJ MIOR ROSLI TUDM (BERSARA)