KWAP mendapat dana untuk bayar kakitangan awam ( sibil dan tentera) dari KWSP, LTAT, dan mungkin dari Gratiuti pegawai, dan duit itu di labur di seluruh dunia untuk mendapat keuntungan yang maksimum.
Syarat kelayakan pencen bagi seorang Ahli Parlimen pula ialah sekurang-kurangnya berkhidmat dalam tempoh 36 bulan sahaja mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].
Bezanya jauh sekalikan??
Sekiranya apa yang dikatakan YB Syed Saddiq tempuh hari itu benar, maka negara kita wajar mengambil satu bentuk langkah drastik. Kita tidak boleh lagi mengunakan wang negara (dan wang rakyat/pembayar cukai) untuk menampung segala kemudahan pencen yang diterima oleh kalangan ahli politik ini.
“Dahlah baharu masuk pejabat terus layak dapat pencen, pencen pula bukan satu, bertingkat-tingkat. Ada pencen ahli Parlimen, menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan speaker. Siap ada jawatan bertimbun-timbun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain,”
“Kiraan pencen bagi ahli politik agak unik. Mereka baru masuk pejabat sebagai menteri tetapi jumlah pencen bukan berdasarkan berapa lama mereka berkhidmat sebagai menteri tetapi berapa lama mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen, lagi tinggi pencen menteri tersebut,”
“Sebab itu banyak ahli politik tua tak nak lepaskan jawatan. Bergaduh-gaduh dengan pimpinan anak muda kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen, lagi tinggi jumlah pencen ahli Parlimen dan pencen menteri,”
Ahli politik harus terima hakikat bahawa diri mereka dipilih oleh rakyat dan pengundi untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Segala khidmat yang diberikan oleh semua ahli politik ini perlu dilakukan secara ikhlas demi rakyat dan negara. Maka tidak perlu semua ahli politik ini menerima apa-apa bentuk gaji, elaun termasuk pencen daripada negara.
Harap kerajaan dapat mengkaji cadangan ini dengan lebih mendalam dan serius.
Veteran harus bersatu dan menuntut hak kita berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Akta Angkatan Tentera 1972, Peraturan Pencen P.U.(A)123 tahun 1982.
PSPRM menuntut Semakan Kehakiman (Judicial Review) dari Mahkamah Tinggi untuk memastikan tindakan Kerajaan tidak meyelaraskan Pencen veteran ATM adalah salah/khilaf dari undang-undang. Kuasa untuk membuat semakan kehakiman ini terletak kepada mahkamah tinggi dan bukan oleh mana-mana mahkamah tribunal yang lain. Pada mulanya (2022) saya hendak membawa kes ini ke Timbangtara tetapi saya tukar fikiran atas sebab sebab berikut:
a. Mahkamah Timbangtara tidak ada kuasa untuk membuat semakan kehakiman.
b. Untuk ke mahkamah timbangtara, kedua-dua pihak (plaintiff dan defendant) perlu ada surat perjanjian/kontrak untuk bersetuju ke Timbangtara dan bersetuju untuk menerima keputusan timbangtara sebagai muktamat. Perjanjian ini tidak pernah berlaku dan pihak defendant berhak untuk enggan hadir di Mahkamah Timbangtara untu perbicaraan.
c. Jika defendant enggan hadir, walaupun perbicaraan di buat secara ex parte, keadilan sukar di capai dan ianya terpaksa di rujuk juga ke mahkamah tinggi untuk mendapatkan semakan kehakiman samaada kerajaan betul atau salah.
Atas sebab-sebab diatas PSPRM mengabil keputusan untuk terus ke Mahkamah Tinggi. Jika mahkamah tinggi menyalahkan tindakan kerajaan, maka kita boleh menutut supaya kerajaan membayar balik secara kebelakangan (backdated) dari 2004, 2007 dan 2013 dan apa-apa ganti rugi yang boleh kita tuntut dari kerajaan.
Saya sangat-sangat mengharapkan semua veteran bersatu. Tidak salah kita duduk dalam persatuan veteran yang berlainan mengikut perkhidmatan dan kor kita tetapi mengenai hak kita menurut undang-undang yang sama kita harus bersatu dan jangan berpecah , dengki mendengki, gila kuasa dan macam-macam lagi.
Saya berpendapat hanya Mahkamah Tinggi hingga mahkamah Persekutuan sahaja yang boleh menentukan siapa betul dan siapa salah dam isu pencen kita.
Saya belum lagi huraikan dengan jelas tentang veteran tak berpencen, bekas tentera yang di berhentikan atas tatatertib, pencen hilang upaya dan layanan sentiasa, dan akhir sekali Pencen terbitan yang melibatkan Veteran dan bekas ATM. Saya ada hujah yang banyak dalam isu-isu ini InsyaAllah.
Melalui PSPRM saya juga telah membuka satu koperasi pertanian bagi mengatasi sosio ekonomi veteran dan juga industri pemakanan negara. Saya sudah ada banyak perancangan bagi ahli-ahli PSPRM dan kelurga PSPRM dan raakyat Malaysia dari industri permakanan national dan antara bangsa.
Saya juga ada menyediakan program-program latihan motivasi dan pembangunan manusi secara expericial learning untuk menjadi mereka sebagai masyarakat yang berguna dan tidak menjadi pemimpin yang Kakistokrasi seperti yang kita ada sekarang.
Marilah kita bersatu bukan untuk menentang kerajaan tetapi menegak kan kedaulatan undang-undang denga cara yang betul.
Veterannnnn Bangkit!
Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)
26 Sep 2023 @ 1800Hrs.