'Bagi apa pun, kami ambik, nk ajak kami utk undi kerajaan perpaduan... sorry. Kami tetap akan undi PAS/PN'...
Apa maknanya DS?
Maknanya, keikhlasan dan kejujuran DS dan kerajaan perpaduan utk berkhidmat kpd rakyat dipandang sinis. Ketegasan DS memacu negara ke arah zero rasuah dan negara berintergriti, dianggap hanya sebuah retorik politik. Bantuan dan subsidi berbilion ringgit yg dihamburkan bagi meringankan beban kehidupan rakyat, diterjemahkan sebagai gula2 pilihanraya. Bukan sekadar tiada ucapan terima kasih dan menghargai usaha, malah dijadikan bahan lawak jenaka sinis oleh sebahagian besar penerima.
Demikianlah mesejnya.
Justeru, di ruangan maya ini, kami sebagai bala2 'tentera infantri' di barisan hadapan ingin menarik perhatian DS yg kami sayangi.
Cukup2 lah... Sudah2 lah. Pendekatan harus diubah.
Kalau kaedah diplomasi, tidak dihargai, sampai masanya kena kekang sedikit dgn 'kuku besi'... Kalau kaedah lembut tak jalan..kena keras lah sikit DS.
Sebahagian besar rakyat, terutama org melayu ni, susah nak faham bahasa diplomasi. Bila DS nk buat Malaysia Madani , mereka sindir dgn Mahaldahni.. Bila DS bercakap tentang pelaburan masuk, mereka kata, asal buka mulut shj bohong.
Yg mereka sanjung dan lambung, Abah Cow yg jadi PM 17 bulan...
Cerita lah apa pun...bawalah kisah kesengsaraan hidup rakyat sepanjang 17 bulan dia jd PM, buka lah kembali kisah beribu rakyat gantung diri... ungkaplah sejarah, rakyat terputus bekalan makanan sampai kena angkat bendera putih...
Bagi mereka 'Abah tetap terbaik'...
Dakwalah dgn berbilion duit jana wibawa yg dilarikan, dakwalah dgn kes jual menara KL melibatkan kerugian jutaan ringgit wang rakyat, dakwalah kisah berjuta ringgit minyak masak subsidi yg diselewengkan oleh anak pinak mereka... Bongkarlah kisah ratusan juta REE yg digali secara haram dan diseludup ke luar negara...
PN tetap Best.
Justeru, apa solusinya?
Keputusan PRN sudah terang lagi bersuluh. PH/BN ditolak secara besar2an. PRU 16, ada 4 thn shj lagi DS. Masa 4 thn bukan lah lama. Pejam celik, pejam celik akan smpai tarikhnya.
Kami nk tanya DS, ..kerajaan perpaduan nk perintah setakat penggal ni shj ker? Atau nk ambik lagi lepas PRU 16 nanti?...
Keralau nk ambik lagi... Bermula sekarang, DS kena buat sesuatu. Kena buat sega.
Pertamanya... Lantik cepat Penyelaras Parlimen di setiap Parlimen yg PH/BN kalah. Salurkan peruntukan melalui PP. Biar PP lantik JPKK, supaya JPKK boleh turun ke bwh utk buat kerja. Bagi jawatan, bagi peruntukan. Biar jentera di bwh buat kerja. Kami lebih tahu dan lebih kenal grassroot. Kami tahu di dlm setiap PDM kami, siapa yg lebih layak disantuni... Kami lebih faham sasaran. Daripada berbilion RM, DS taburkan 'ke laut' ,diberikan kpd yg tidak pandai menghargai, lebih baik peruntukan diberikan secara bersasar, agar setiap sen yg dibelanjakan dari duit rakyat, itu dihargai.
Kalau ada yg cuba mempertikaikan, kononnya kerajaan perpaduan tidak mengamalkan semangat federalism, DS boleh sekolahkan begini, tanya diri ... Asas bernegara datangnya dari 5 prinsip rukunnegara...
Baca yg ke 5... 'Kesopanan dan Kesusilaan'...
Kalau dgn seorang Perdana Menteri pun di bahasakan dgn 'kepala bapak hang'... Tak payah lah nak sembang tentang Federalism. Itu shj hujahnya.
Satu lagi... Sebahagian besar penjawat2 awam kat bwh2 tu...tengok2 sikit DS. Mcm dh naik tocang sngat. Cikgu2 pun ramai...dok kempen anak2 murid. Ajar ajaran songsang. Suruh angkat kerajaan yg rasuah berbilion ringgit dan tolak kerajaan yg benteras rasuah... Kumpulan ini ancaman besar kpd negara. Mereka minta mcm2.. naik gaji, minta bonus itu ini... Tapi kempen suruh undi abah cow yg skrg berhadapan dgn berpuluh2 kes mahkamah, songlap duit negara. Benteras ajaran songsang ini secara serious DS. Jgn smpai nasi sudah menjadi bubur.
Buat sementara waktu ini DS...
Bebal tidak sesuai dilayan dgn budiman...
Kata Nista tidak sesuai dilayan dgn budibicara...
Kurang ajar, tidak sesuai dgn sekadar nasihat...
P001, Pdg Besar.