Defenden yang PSPRM saman adalah:
1. Kerajaan Malaysia.
2. Perdana Menteri.
3. Menteri Pertahanan.
4. Majlis Angkatan Tentera.
Sebelum ini, Jawapan kali pertama afidavit saman permula PSPRM telah di buat oleh Timbalan KP JHEV Puan Syarina Binti Kassim. (Mula pegang jawatan pada 4.10.2021). Saya membalas dengan menyatakan dia bukan defenden "per se" kita. Dalam jawapannya dia hanya membentangkan gaji dan pencen saya (MMR) dari kedet hingga sekarang, walaupun plaintiff berjumlah 50 orang. Dia menafikan semua undang-undang dalam perlembagaan, Akta AT72 dan juga PU(A)123/1982.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh "pendengaran kes" pada 28.8.2023 tetapi pihak kerajaan minta menuda dengan alasan banyak dokumen gaji dan pencen mempunyai darjah keselamatan tinggi dan memerlukan masa untuk menurunkan tahap darjah keselamatan itu daripada taraf "Rahsia" dan "Sulit" kepada "Terbuka". Maka mahkamah menunda tarikh pendengaran kes ke bulan Disember 2023.
Tiga minggu lepas pihak defenden telah mejawab afidavit jawapan kepada Jawapan balas saya kepada jawapan Timbalan KP JHEV.
Kali ini nampaknya pihak defenden "per se" masih tidak menjawab secara peribadi tetapi delegasikan kepada Timbalan KSU (Pembangunan) Kementah pula. Namanya *Datuk Dr Shahrazat binti Haji Ahmad (No. K/P: 690215-02-5506)
Pada saya TKSU mindef bukan Defenden "per se" saman pemula PSPRM. Dia pulak baru ambil alih jawatan TKSU Pembangunan KEMENTAH pada bulan Jun 2023. Dia mengangku dia kompeten untuk mengikrarkan Afidavit bagi pehak defenden-defenden berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya. Dia juga menyatakan yang dia juga ahli MAT.
Saya tidak pasti seseorang pegawai perkhidmatan sivil yang baru duduk dalam jawatan boleh jadi kompeten untuk menjawab Afidavit saman permula PSPRM. Saya ragu apakah pengalaman beliau mengenai masaalah Hubungan Manusia , gaji, pencen dan syarat-syarat perkhidmatan ATM yang dia tahu. Lagi pun saya tidak pasti dalam tempuh dua bulan yang lepas apakah yang beliau tahu tentang MAT. Perjawatan MAT adalah lantikan YDPA dan bukan sesuka hati ambil alih jawatan tersebut. Drngan erti kata lain saya percaya jawatan dalam MAT perlu mendapat Watikah YDPA terlebih dahulu.
Dari jawapan beliau, beliau tetap menafikan hampir semua undang-undang dari Perlembagaan Persekutuan, Akta AT72, PU(A)123/1980 dan lain-lain yang saya ketengahkan. Pada dasarnya beliau menyatakan JPA adalah lebih berkuasa dari MAT darihal gaji dan pencen Angkatan Tentera Malaysia.
Banyak jawapan beliau bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada. Sagala hujah saya di nafikan oleh beliau.
InsyaAllah saya akan menjawab kepada semua kenyataan yang di buat oleh beliau.
Yang pelik bagi saya jawapan yang di berikan dalam jawapan balasan afidavit beliau adalah bertentangan dengan semua kenyataan yang telah dibuat oleh mereka (yang di sebar luas/viral dalam WAG2 PV2) baru2 ini:
1. PMx
2. MENHAN
3. Tim Menhan
4. KP JHEV
5. Olih Individu dalam WAG.
Apa yang TKSU Pembangunan jawab adalah mengekalkan status quo keadaan pencen kita dan menafikan segala hujah2 yang saya kemukakan.
Jadi siapakah yang bercakap benar disini?
Kenapa tidak ada pejawat yang tertinggi dalam senarai defenden yang tandatangan afidavit jawapan kepada afidavit saya (kami/plaintiff2)? Defenden2 seolah-olah mencuci tangan dan mengunakan "scapegoat" untuk mewakili mereka untuk menjawab Afidavit saya.
Walau kes pesara awam (ke Aminah) yang pihak kerajaan kalah di Mahkamah Rayuan baru2 ini pun tidak di ambil kira langsong.
Saya juga heran tidak ada pegawai2 tinggi dari ATM dalam MAT yang bersuara, walhal sepatutnya merekalah yang lebih faham tentang kehidupan Anggota Tentera dan Veteran kita.
Banyak keputusan yang di luar undang-undang telah di buat oleh perbagai pihak baru2 ini seperti berjanji hendak memberi BSH seumur hidup kepada yang tak berpencen dan nak mengampunkan bekas tentera yang tak layak jadi veteran di bawah akta Veteran 2012. Pada saya terlalu ramai orang mengaku kompeten dalam undang-undang tapi mencadangkan rumusan yang bertentangan dengan undang-undang. Pelik sungguh Malaysia ini.
Setakat ini tidak ada siapa dari pihak kerajaan yang "berani" atau "sudi" menjemput saya untuk berbincang. Saya mempunyai kaedah "menang-menang" (Win-Win) dengan kerajaan dan dengan masa yang sama tidak bercanggah dengan undang-undang.
Saya harap kerajaan tidak di malukan di mahkamah kelak kerana tidak akur pada undang-undang dan prosidiur mereka sendiri. Seluruh dua akan memerhatikan mereka.
Jika perkara mudah begini kerajaan dan ATM tidak boleh menyelesaikannya, saya tidak nampak bagaimana pemimpin-pemimpin kita mampu untuk bertempor dengan pihak musuh jika negara di serang.
Saya akan dedahka semua afidavit dan afidavit-afidavit balasan fan jawapan pada umum selepas hari pendengaran kes nanti. Perlu di ingat, jika kita menang atau kalah plaintif dan defenden masih ada dua peringkat rayuan yang boleh di buat iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Saya minta semua veteran bersatu dalam perjuangan ini. Hanya dengan bersatu sahaja suara kita akan jadi kuat. Ketepikan ego masing-masing dan elakkan menyebar maklumat yang tak sahih kepada para veteran. Saya tidak pernah menghalang mereka yang memviralkan maklumat yang di perolehi dari mereka yang tidak kompeten atau yang bercanggah dengan undang-undang yang ada kerana saya tidak mahu di tuduh sebagai "trouble shooter".
Kita ada undang-undang, marilah kita fahami undang-undang yang ada terlebih dahulu. Wallahualam.
Sekian
MMR