Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata justeru masyarakat bukan Islam seharusnya tidak berasa takut sekiranya negara pada masa akan datang terus ditadbir oleh pemimpin Islam.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata ini kerana Islam seperti yang dibawa PAS mengajar adab supaya menyantuni dan menjaga hubungan kemanusiaan bagi mengelak pelbagai permasalahan timbul.
“Negeri yang kita perintah, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak ada salah laku masa PN memerintah. Kestabilan dan perpaduan juga wujud dengan baik, ini nyata, keluarga Cina dan India boleh hidup di kampung orang Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena siri jelajahnya ke Negeri Sembilan yang turut dihadiri Penasihat PN negeri Tan Sri Dr Rais Yatim di Port Dickson, malam tadi.
- BernamaBlack Hawk 5137 : Orang bukan islam sentiasa selamat selagi pas tidak menerintah dgn menguasai sepenuhnya kerajaan pusat. Orang bukan islam menikmati keselamatan dan layanan adil di bawah perlembagaan persekutuan tak kira mereka duduk di negeri di kuasai pembangkang atau kerajaan.