1. Yang berpencen sebelum 2013, kita menuntut hak kita yang kerajaan telah nafi kan itu penyelarasan pencen pada 2004 dan penyelarasan pencen 2013 dan back dated hingga hari ini.
2. Kita mahu kan kerajaan beri pencen ( bukan elaun sara hidup) pada yang tak berpencen mengikut pangkat dan jumlah bulan berkhidmat terakhir seperti anggota polis, Penjara dan Jururawat lelaki hospital mental. Kita tak mahu elaun kerana elaun tidak di lindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
3. Kita minta semua anggota tentera yang di berhentikan kerana disiplin diampun kan supaya mereka di iktiraf sebagai veteran dan dapat semua bantuan yang di berikan kepada veteran lain termasuk pingat PJM jika mereka berkhidmat diantara 1969 hingga 1989.
Apakah veteran bangkit RU6622?
Ianya adalah satu "show of force" yang veteran ini bersatu dan kita ini bukan kumpulan kecil dan kita mampu menjadi kumpulan pendesak yang terbesar yang boleh mencorak kan socio politik negara.
Apakah Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM)?
Ianya adalah satu NGO kebajikan yang bebas dari Akta veteran, yang juga dianggotai oleh Para Isteri, suami, janda, duda veteran, dan anak-anak yang berumur atas 18 tahun, dan anak cucu yang diantara 14-18 tahun. Buat permulaan ianya di gunakan supaya setiap veteran dan bekas tentera bergerak secara sah di segi undang-undang untuk menyimpan wang tuntutan mahkamah secara teratur. Dengan masa yang lain pertubuhan ini akan mecari peluang kepada setiap veteran dan bekas tentera untuk mendapatkan tanah untuk buat rumah, tanah untuk mecari pendapatan yang lebih, membantu Isteri, balu, duda, dan veteran yang uzur.
Memastikan anak-anak berumur 18 keatas dapat melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti atau mendapatkan kerja yang sesuai kita juga akan melatih mereka dari sudut kepimpinan dan pengurusan. Kita juga akan melati remaja ( anak-anak dan cucu veteran dalam kepimpinan dan pelajaran). Pertubuhan ini akan melibat kan diri untuk socio-ekonomi veteran melalui semua kementerian. Kami bercita2 supaya setiap veteran akan hidup senang sepanjang hayat. InsyaAllah.
Tolong sebarkan seluasnya supaya kita betul2 jadi kuat dan di geruni oleh semua parti politik
Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)