Rudyard Kipling"
“When you're left wounded on Afganistan's plains and
the women come out to cut up what remains, Just roll to your rifle
and blow out your brains,
And go to your God like a soldier”
General Douglas MacArthur"
“We are not retreating. We are advancing in another direction.”
“It is fatal to enter any war without the will to win it.” “Old soldiers never die; they just fade away.
“The soldier, above all other people, prays for peace, for he must suffer and be the deepest wounds and scars of war.”
“May God have mercy upon my enemies, because I won't .” “The object of war is not to die for your country but to make the other bastard die for his.
“Nobody ever defended, there is only attack and attack and attack some more.
“It is foolish and wrong to mourn the men who died. Rather we should thank God that such men lived.
The Soldier stood and faced God
Which must always come to pass
He hoped his shoes were shining
Just as bright as his brass
"Step forward you Soldier,
How shall I deal with you?
Have you always turned the other cheek?
To My Church have you been true?"
"No, Lord, I guess I ain't
Because those of us who carry guns
Can't always be a saint."
I've had to work on Sundays
And at times my talk was tough,
And sometimes I've been violent,
Because the world is awfully rough.
But, I never took a penny
That wasn't mine to keep.
Though I worked a lot of overtime
When the bills got just too steep,
The Soldier squared his shoulders and said
And I never passed a cry for help
Though at times I shook with fear,
And sometimes, God forgive me,
I've wept unmanly tears.
I know I don't deserve a place
Among the people here.
They never wanted me around
Except to calm their fears.
If you've a place for me here,
Lord, It needn't be so grand,
I never expected or had too much,
But if you don't, I'll understand."
There was silence all around the throne
Where the saints had often trod
As the Soldier waited quietly,
For the judgment of his God.
"Step forward now, you Soldier,
You've borne your burden well.
Walk peacefully on Heaven's streets,
You've done your time in Hell."
Veteran Commandos, the guy with the red beret is passed out from the Indonesian Commandos
Malaysiakini : Peserta himpunan Reunion Veteran pagi tadi menyuarakan rasa tidak
puas hati terhadap isu kebajikan pesara tentera yang didakwa diabaikan
pihak berkuasa.
Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Visu Nathan, 61 memberitahu Malaysiakini dia tetap bersemangat hadir himpunan itu meskipun dengan keadaan dirinya yang kelainan upaya. Kaki Visu tempang akibat terkena jerangkap samar ketika era memerangi pengganas komunis dahulu.
“Banyak anggota tentera yang miskin sangat. Sudah sekian lama Malaysia maju, sampai itu saja taraf kita (veteran).
“Kawan-kawan dalam skuadron saya sampai nak mati tidak dapat apa. Itu sebab dengan semangat juang yang tersisa saya datang bersuara bersama veteran hari ini.
“Kami mahu veteran setaraf dengan awam, mereka dapat hidup mewah, mengapa kita kena merempat,” ujar pesara tentera yang pernah berkhidmat dalam Unit 5 Rejimen Renjer Diraja itu.
Tambahnya lagi, masyarakat hari ini lena dibuai keamanan yang diperoleh sehingga melupakan siapa yang membantu memperjuangkannya dahulu.
“Sekarang semua aman. Siapa yang bawa aman? Veteran yang sekarang ini juga.
Turun naik Mindef, menteri silih ganti
“Dulu
boleh ke keluar pukul 2 atau 3 pagi tanpa diserang hendap oleh komunis.
Sekarang dah tak perlu risau semua itu. Langsung tak dikenang budi kami
ini,” luahnya. Sementara itu Asri Hussin, 62 pula berkata dirinya
kecewa merasakan pengorbanan pasukan tentera dahulu tidak dihargai
sewajarnya. “Hak veteran memang selama ini dihanyutkan. Kami cuma
mahu dihormati sebagai bekas pasukan keselamatan negara, bukan mahu
disembah.
“Kami pernah meronda hutan, menentang komunis, bersabung
nyawa bertempur, ditembak, terkena jerangkap samar, tetapi mengapa
tiada penghargaan untuk jasa kita,” kata pesara Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) itu.
Asri
yang berasal dari Jitra, Kedah menegaskan tujuan utama Reunion Veteran
ini adalah untuk memberikan peringatan kepada Kementerian Pertahanan
(Mindef) agar diselesaikan isu kebajikan veteran ini sesegera mungkin. “Kami
sudah turun naik berjumpa Mindef, menteri bertukar menteri, katanya
hendak dikaji isu kita ini tetapi tak akan sampai sekarang masih dikaji.
Ingat ini kaji cuaca ke,” katanya berseloroh.
Pesara tentera,
Kasim Abdullah, 65, berkata perlunya diwujudkan lembaga pengampunan
kerana ia adalah hak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti
yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. “Sedangkan
ahli politik mampu dibersihkan nama, dikompang, didendang dan
dibentangkan karpet merah manakala bekas petualang komunis boleh
diberikan peluang kedua.
Pencen tak berbaloi
“Mengapa
bekas tentera yang bertempur siang dan malam, pagi dan petang, hujan
dan panas, tidak ada langsung pengampunan untuk mereka. Sedih dan pilu
rasa,” ujarnya. Menurut Ahli Jawatankuasa Reunion Veteran, Mejar
(B) Mior Rosli Mior Rosdi, dari tahun 1974 ketika dia mula berkhidmat
dengan tentera, tiada satu pun kes di mahkamah tentera yang pernah
diberikan pengampunan.
Sementara itu, bekas 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja Kem Sungai Besi, Ganesan Ramayah (gambar, bawah)
yang kakinya terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis, berkata
jurang pencen di antara mereka yang telah bersara dan mereka yang baru
masuk adalah sangat besar.
“Pencen
saya tak berbaloi dengan orang yang baru masuk. Pencen saya sekarang
tak sampai RM 1,500. Tetapi pencen orang baru yang setaraf dengan
pangkat saya dah sampai RM 3,000 lebih. “Pencen yang sedia ada
sekarang memang tak cukup untuk saya. Saya hidup memang susah.
Ubat-ubatan di hospital untuk penyakit saya pun memakan kos lagi. Saya
ada anak bini nak sara.
“Nak cari kerja pun majikan tak nak ambil sebab saya Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya sebak. Ganeson
berkata dia pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
sebanyak tujuh kali tetapi semuanya ditolak kerana dikatakan mempunyai
piring Astro dan sebuah kereta di rumah.
“Itu semua saya beli sewaktu saya masih berkhidmat dalam tentera dulu. Sekarang sudah berbeza,” katanya.
Antara
tuntutan yang dibangkitkan Reunion Veteran hari ini adalah agar pencen
tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima
pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat. Menurut
mereka, di bawah skim sekarang, kebanyakan daripada lebih 300,000 pesara
tentera hidup susah dan termasuk dalam kategori B40.
Kira-kira
1,500 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara hari
ini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati, terutama dalam isu kebajikan
terhadap mereka.
Himpunan Reunion Veteran bermula seawal lapan
pagi sehingga tengah hari tadi, dengan peserta yang rata-ratanya terdiri
daripada kalangan warga emas teguh berdiri di bawah panas matahari.