Rudyard Kipling"
“When you're left wounded on Afganistan's plains and
the women come out to cut up what remains, Just roll to your rifle
and blow out your brains,
And go to your God like a soldier”
General Douglas MacArthur"
“We are not retreating. We are advancing in another direction.”
“It is fatal to enter any war without the will to win it.” “Old soldiers never die; they just fade away.
“The soldier, above all other people, prays for peace, for he must suffer and be the deepest wounds and scars of war.”
“May God have mercy upon my enemies, because I won't .” “The object of war is not to die for your country but to make the other bastard die for his.
“Nobody ever defended, there is only attack and attack and attack some more.
“It is foolish and wrong to mourn the men who died. Rather we should thank God that such men lived.
The Soldier stood and faced God
Which must always come to pass
He hoped his shoes were shining
Just as bright as his brass
"Step forward you Soldier,
How shall I deal with you?
Have you always turned the other cheek?
To My Church have you been true?"
"No, Lord, I guess I ain't
Because those of us who carry guns
Can't always be a saint."
I've had to work on Sundays
And at times my talk was tough,
And sometimes I've been violent,
Because the world is awfully rough.
But, I never took a penny
That wasn't mine to keep.
Though I worked a lot of overtime
When the bills got just too steep,
The Soldier squared his shoulders and said
And I never passed a cry for help
Though at times I shook with fear,
And sometimes, God forgive me,
I've wept unmanly tears.
I know I don't deserve a place
Among the people here.
They never wanted me around
Except to calm their fears.
If you've a place for me here,
Lord, It needn't be so grand,
I never expected or had too much,
But if you don't, I'll understand."
There was silence all around the throne
Where the saints had often trod
As the Soldier waited quietly,
For the judgment of his God.
"Step forward now, you Soldier,
You've borne your burden well.
Walk peacefully on Heaven's streets,
You've done your time in Hell."
Lebih 1,000 pesara tentera berhimpun di Tugu Negara tuntut kebajikan dibela
Monday, June 06, 2022
Malaysiakini : Kira-kira 1,500 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu
Negara hari ini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati, terutama dalam
isu kebajikan terhadap mereka.
Dinamakan Reunion Veteran, himpunan
itu bermula seawal lapan pagi sehingga tengah hari tadi, dengan peserta
yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan warga emas teguh berdiri di
bawah panas matahari.
Antara tuntutan yang dibangkitkan adalah
agar pencen tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak
untuk menerima pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat. Menurut
mereka, di bawah skim sekarang, kebanyakan daripada lebih 300,000
pesara tentera hidup susah dan termasuk dalam kategori B40.
Timbalan pengerusi himpunan Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar dalam
ucapannya berkata pemimpin negara tidak sepatutnya melupakan sumbangan
tentera.
Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar
"Kita
telah berjuang mempertahankan negara, tetapi dibiarkan sendiri (selepas
bersara). Ramai yang hilang anggota badan (ketika berkhidmat). Seramai
lebih 300,000 veteran di negara ini, tapi tiga perempat adalah B40. "Kita
undi wakil rakyat dan mereka patut perjuangkan kebajikan kita, tetapi
mereka lupakan kita," katanya yang merupakan bekas mejar TUDM, disambut
sorakan hadirin.
Menurut tinjauan kalangan peserta datang ke
lokasi himpunan menggunakan pengangkutan awam, berkongsi kenderaan
dengan rakan-rakan serta ada yang dilihat berjalan kaki.
Selain dari Lembah Klang, ada juga peserta yang ditemui Malaysiakini yang datang dari Alor Setar, Johor Bahru dan malah Kota Kinabalu. Rasa
kebersamaan jelas dilihat dalam kalangan peserta, yang dahulunya
bersama-sama mengenakan seragam tentera dan kini berkongsi nasib yang
sama.
Sebelum ucapan Mior, acara Reunion Veteran dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku, ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong
dan diikuti bacaan doa. Selain isu kebajikan, himpunan turut
menggesa pewujudan lembaga pengampunan bagi bekas tentera yang
diberhentikan kerana isu disiplin di bawah mahkamah tentera.
“Dalam tentera kalau ada buat kesalahan pasti akan dihukum, dan selepas dihukum tidak ada peluang untuk diberikan pengampunan.
“Pada
tahun 2012, wujud pula akta veteran yang mengatakan sesiapa yang
diberhentikan atas tindakan disiplin tidak layak bergelar veteran dan
seterusnya tidak layak mendapat manfaat veteran. “Bukan sahaja
bekas tentera itu terjejas, satu keluarga termasuk anak-anak dan isteri
juga turut terkena tempias dan tak layak mendapat manfaat. Mereka nak
makan apa?” soalnya.
Ucapan Mior Rosli diiringi laungan gemuruh ‘Gempur Wira’ dan ‘Hidup Veteran’ dari peserta perhimpunan yang mengelilinginya.
'Jurang pencen terlalu besar'
Bercakap
dalam sidang media selepas himpunan, Mior yang juga perintis Pasukan
Khas Udara (Paskau) TUDM berkata jurang kadar pencen antara anggoa yang
pencen sebelum 2013 dan selepas itu amat besar. Dia berkata
kerajaan telah menilai semula kadar bayaran pada 2013, dengan mereka
yang masih berkhidmat ketika itu mendapat kenaikan kira-kira 6 peratus
daripada gaji bulanan.
Namun, pesara hanya mendapat kenaikan dua peratus, katanya. Jadi, katanya lagi, anggota yang bersara selepas tempoh itu mendapat pencen yang jauh lebih tinggi. "Bukan
kita kata itu bukan rezeki mereka, tetapi udang-undang dalam
perkhidmatan kata bila gaji naik, pencen pun perlu turut (naik) untuk
kurangkan jurang.
"(Dengan skim) sekarang, merek yang pencen
(sebelum 2013) dengan pangkt leftenan kolonel dan ke bawah semuanya
B40," katanya lagi.
Sebagai contoh, Mior berkata dia bersara
dengan pangkat mejar pada 1995 dengan pencen bulanan RM1,100 dan kini
dia menerima pencen RM2,030 sebulan.